Bayangkan satu pasangan kekasih itu umpama sepasang kasut merah dan tag label itu bagaikan cinta mereka. Mereka nampak secocok bersama di atas rak. Bersama-sama mengalami cabaran dan dugaan. Pengalaman yang indah dan juga manis. Tiba-tiba datang seorang jurujual yang mengambil salah satu kasut dan meletakan di tempat lain bersama kasut merah lain. Kita beranggapan sahaja bahawa jurujual itu umpama sebuah laman web sosial dan kasut merah lain itu merupakan watak ketiga dalam kisah cinta mereka. Bermula lah satu tag label di antara kasut merah ini dengan kasut merah lain tadi. Ini juga bermakna berakhir lah hubungan mereka. Kini tinggal satu kasut merah di situ. Persoalan nya ialah sama ada kasut merah itu akan membiarkan dirinya ditangisi hujan atau dia akan melangkah ke jalan baru. Mengalami kehidupan yang lebih baik daripada duduk menangis mengenang hari bersama. Fikirkan bagaimana kisah ini sentiasa berputar dalam hidup kita. Cuma jangka masa yang berbeza. Ada yang akan kekal dan ada yang tidak. Suatu hari nanti pasti ada yang satu untuk kita. Kita hanya perlu mencari.
:)
No comments:
Post a Comment